fbpx

‘Sudah cuba berkali-kali tak berjaya, terpaksa jadi model dapat RM1 juta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq dan Bella Astillah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa membuat tugas tambahan sebagai model baju raya bagi sebuah jenama fesyen untuk mendapatkan sumbangan khusus buat pengundi di kawasan Parlimennya.

Ini kerana, kata Syed Saddiq sehingga kini tiada kata putus daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.

“Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya. Sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model.

“Saya terpaksa jadi model, akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beliau turut menggesa kerajaan untuk berhenti bermain teka-teki mengenai peruntukan terhadap Ahli Parlimen Pembangkang dan berterus terang ketika bersidang di Dewan Rakyat.

Tambah Syed Saddiq, sebanyak lima kali rundingan telah dilakukan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Fadillah Yusof berhubung soal peruntukan terhadap Ahli Parlimen pembangkang, namun tiada sebarang perkembangan positif.

Sebelum ini, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) secara terbuka menegur Syed Saddiq supaya fokus kepada rakyat Muar dan tidak terus leka memuat naik video mesra bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah termasuk ketika mempromosikan baju raya sebuah jenama fesyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI