fbpx

Selamba mat salih ‘catwalk’ tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan mat salih sedang berjalan di tengah jalan raya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mat salih tular di media sosial apabila berjalan di tengah-tengah jalan raya sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Menerusi video dimuat naik @najjwarosni di akaun TikTok yang mendapat lebih 55,200 tontonan, kelihatan jalan raya menjadi sesak gara-gara mat salih itu.

Sambil tidak berbaju, pelancong itu selamba berjalan ala-ala model di tengah jalan raya walaupun dihon berkali-kali oleh kenderaan lain.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan pemilik akaun tersebut.

Rata-rata orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk mencari mat salih itu dengan segera agar tindakan dapat dikenakan dengan sewajarnya.

“Ini bukan Thailand nak ‘catwalk’ macam tu. Bahaya betul, buatnya terlanggar kita yang salah,” komen Hasif.

“Ini Malaysia, tak panas ke dengan tak berbaju macam tu. Habis sesak jalan raya dibuatnya,” komen Alif.

Dalam pada itu, ada juga pengguna mengakui pernah melihat gelagat mat salih tersebut di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) baru-baru ini.

“Nampak dia semalam di NKVE,” komen Putra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI