PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lima negeri sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, hujan lebat diramal di Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu.
Selain itu, di Pulau Pinang kawasan yang dijangka ribut petir adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Di Perak, kawasan yang diramal cuaca buruk adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Kawasan yang juga dijangka ribut petir di Sarawak adalah Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang,” katanya.
Tambah MetMalaysia, hujan turut diramal di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE