fbpx

Rampasan dadah Terengganu naik 25 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (kanan) menerima tabik hormat daripada anggota polis pada Perhimpunan Bulanan IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Nilai rampasan dadah di Terengganu meningkat kepada hampir 25 kali ganda kepada RM76.42 juta pada tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kebanyakan dadah yang dirampas tersebut merupakan syabu dan pil Yaba.

“Peningkatan mendadak berbanding nilai rampasan RM3.1 juta pada tahun 2023 itu disebabkan tindakan agresif kita melaksanakan penguatkuasaan membanteras dadah di negeri ini.

“Semua ibu pejabat polis daerah (IPD) telah menubuhkan task force (pasukan petugas) dengan setiap hari mesti ada tangkapan (kes penyalahgunaan dadah),” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, seramai 56 individu disyaki pengedar dadah berjaya diberkas di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, sebagai perbandingan, seramai 35 pengedar dadah diberkas mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada tahun 2023.

“Tangkapan penagih dadah di seluruh negeri ini juga bertambah kepada 11,893 orang pada tahun lalu.

“Ia kenaikan 1,566 kes tangkapan iaitu lebih 15.16 peratus berbanding tahun 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI