fbpx

Postecoglou tidak simpati nasib Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU (kiri) lebih mementingkan kemenangan pasukan daripada bersimpati terhadap nasib dialami Amorim. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou tidak pernah terfikir untuk berasa simpati terhadap rakan sejawatnya di Manchester United, Ruben Amorim.

Walaupun sedar Amorim turut berdepan isu kecederaan seperti dihadapinya, namun Postecoglou hanya mahu mengutamakan kejayaan sendiri apabila mengesahkan kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

“Saya tidak terima sebarang kad simpati daripada pengurus lain dan ia tiada dalam simpanan saya di pejabat. Saya dapat melihat Ruben (Amorim) menurunkan pemain-pemain di posisi berbeza daripada kebiasaannya.

“Beliau juga mempertaruhkan pemain muda di bangku simpanan. Apa yang berlaku kepada kami sudah pun terjadi kepada pasukan lain.

“Orang mungkin anggap saya sentiasa beri alasan tetapi percayalah kelab lain juga akan merasakan perkara sama. Selamat datang ke dunia saya, namun ini baru membabitkan satu perlawanan, cuba laluinya untuk tempoh dua bulan,” katanya.

Jaringan tunggal daripada James Maddison pada minit ke-13 sudah cukup untuk mengesahkan tiga mata buat Spurs dan Postecoglou menganggap ia sebagai satu petanda positif buat anak-anak buahnya.

“Ia sedikit sebanyak beri peluang kepada kami dan saya percaya masih ada banyak yang kami mampu lakukan,” jelasnya.

Kemenangan itu menamatkan dua kekalahan berturut-turut dalam dua aksi terakhir dan melonjak ke tangga ke-12 dengan 30 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI