fbpx

PKS saiz sederhana mampu jana nilai ditambah RM8.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahahawan dan PMKS hari ini.

PUTRAJAYA- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bersaiz sederhana dilihat mampu menghasilkan nilai ditambah RM8.5 juta berbanding hanya RM900,000 untuk PKS bersaiz sederhana dan RM200,000 bagi perusahaan mikro.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha untuk menaik taraf saiz Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dibuat melalui strategi penskalaan yang bakal menjadi tumpuan utama pembangunan PMKS negara bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

“Saya telah meneliti empat inisiatif utama Strategi Penskalaan PKS dalam Tempoh RMKe- 13 yang dibentangkan oleh SME Corp. Malaysia iaitu antaranya mengenal pasti sekurang-kurangnya 500 firma yang boleh menyertai
program bersasar penskalaan dengan 30 peratus daripadanya bertaraf Bumiputera.

“Ia termasuk memperkukuh program dan dasar pembangunan PKS sedia ada bagi menyokong inisiatif penskalaan selain Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan SME Corp. Malaysia terlibat secara aktif dalam rundingan kerjasama berkaitan perjanjian dan pakatan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Mesyuarat Sekretariat MPUPK mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) pada hari ini.

Katanya, inisiatif itu turut melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan dengan pensijilan halal bagi membantu PKS mengatasi permasalahan yang dihadapi.

“KUSKOP turut berkongsi mengenai hala tuju pembangunan industri francais melalui Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030).

“DFN 2030 bertujuan mempertingkat kapasiti serta keupayaan usahawan francais dan meningkatkan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub francais serantau,” katanya.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga turut berkongsi berkenaan ekosistem pembiayaan alternatif yang terdiri daripada pendanaan awam ekuiti (ECF), pembiayaan peer-to-peer (P2P), modal teroka (VC) dan ekuiti awam yang merangkumi 58 peratus daripada sumber pengumpulan dana dalam pasaran modal tahun 2024.

“SC turut memaklumkan berkenaan pelan hala tuju untuk meningkatkan pengumpulan dana pasaran modal kepada RM40 bilion pada tahun 2028 bagi menyokong 28,000 PMKS dan Syarikat Mid-Tier.

Katanya, KUSKOP dan SME Corp. Malaysia telah berkongsi mengenai penganjuran aktiviti sepanjang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia iaitu antaranya Mesyuarat 19th ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises ACCMSME selain 8th ASEAN Inclusive Business Forum dan ASEAN Inclusive Award Dinner. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI