fbpx

[VIDEO] Pesawat dari AS terhempas di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat terhempas lalu terbalik ketika mendarat di lapangan terbang Toronto Pearson di Kanada. - Facebook/John Nelson

TORONTO, KANADA – Seorang kanak-kanak dan dua penumpang dewasa cedera parah selepas sebuah pesawat terhempas lalu terbalik ketika mendarat di lapangan terbang Toronto Pearson di Kanada, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah pesawat terbalik dengan bumbung di atas pada landasan yang dilitupi salji. Ia dilihat kehilangan sekurang-kurangnya satu daripada sayapnya.

Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson berkata, nahas itu melibatkan penerbangan Delta Air Lines yang tiba dari Minneapolis, Amerika Syarikat (AS).

Penerbangan itu membawa 80 orang, dengan 76 daripadanya ialah penumpang dan empat anak kapal. 

Seramai 15 orang telah dibawa ke hospital secara keseluruhan, kata perkhidmatan paramedik tempatan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan AS berkata, pesawat terbabit ialah Delta Air Lines Penerbangan 4819, dan dikendalikan oleh salah satu anak syarikatnya, Endeavour Air.

Syarikat penerbangan tersebut mengesahkan bahawa sebuah pesawat CRJ900 miliknya terlibat dalam kejadian itu pada kira-kira pukul 3.30 (waktu tempatan) petang semalam.

Lapangan terbang Toronto Pearson telah mengalami kelewatan berkaitan cuaca sejak beberapa hari lalu, dengan salji lebat dan suhu beku melanda bahagian Ontario. – AGENSI

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Captain Berg (@piloteyes777)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI