fbpx

Perak antara negeri tertinggi pemohon STR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Menara LHDN Teluk Intan hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TELUK INTAN – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 876,315 borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Perak pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, berkata ia menunjukkan Perak menjadi antara lima negeri tertinggi yang memohon STR.

“Saban tahun, apabila tiba musim permohonan STR, Perak merupakan antara negeri tertinggi mencatatkan rekod penerimaan permohonan STR,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Menara Hasil Teluk Intan di sini, hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan setinggi tiga tingkat bernilai RM26.3 juta itu.

Abu Tariq juga berkata, LHDN Perak telah berjaya mencapai kutipan cukai langsung yang ditetapkan sebanyak RM3.634 billion pada tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan rekod 7.75 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI