fbpx

Paijang, anak-anak selesai ibadah wajib umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paijang (tengah) bersama Nurul Farhana (kanan) dan Ahmad Faris (kiri) bergambar kenangan di pekarangan Masjidil Haram, Mekah hari ini.

KEMAMAN – Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka Chukai, di sini pada bulan lalu selamat tiba di Mekah bagi menunaikan umrah hari ini.

Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali Paijang yang ditemani dua anaknya, Nurul Farhana, 21, dan Ahmad Faris, 10, bertolak dari tanah air pada pukul 2.30 pagi semalam.

Syarikat pengendali haji dan umrah terkenal, Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. yang menaja pakej ibadah terbabit berkongsi perkembangan tiga beranak terbabit di Tanah Suci menerusi laman Facebook.

“Alhamdulillah, keluarga tetamu istimewa, Pakcik Faizan (Paijang) telah selamat tiba di bumi suci Mekah Al-Mukarramah dan berjaya menyempurnakan ibadah umrah yang wajib bagi mereka sekeluarga.

“Siapa sangka, di sebalik ujian yang menyayat hati, Allah telah mengangkat darjat Pakcik Faizan dengan menjemputnya ke Baitullah untuk menunaikan umrah.

“TakdirNya penuh hikmah dan perjalanan ini menjadi bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih,” kongsi Andalusia dalam hantaran di akaun Facebook rasmi agensi tersebut hari ini.

Kosmo! 20 Januari lalu melaporkan Paijang telah dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai pada pukul 9.30 pagi, 17 Januari lalu.

Musibah menimpa Paijang meraih simpati dan perhatian ramai termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerima dua pakej tajaan umrah daripada Andalusia dan Pengerusi Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Seri Sultan Pemurah’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI