PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas meminjamkan sejumlah wang kepada kenalannya.
Individu berkenaan berasa kecewa kerana rakannya itu ‘liat’ untuk membayar kembali wang yang telah dipinjamkan walaupun sudah cuba menuntutnya berkali-kali.
Wanita itu turut berkongsikan tangkap layar perbualan tersebut di aplikasi WhatsApp menerusi media sosial.
“Kadang-kadang kita sanggup kerja sambil belajar nak cari duit, tapi bila orang nak pinjam duit kita bagi. Akhirnya nak minta duit macam kita yang hutang dengan dia,” katanya.
Orang ramai rata-rata mengecam tindakan kenalan wanita berkenaan dan turut menitipkan pesanan supaya tidak lagi meminjamkan wang kepada sesiapa.
“Dah, tak payah bagi pinjam lagi kak kalau macam tu. Kita ni niatnya baik nak membantu tapi ada orang yang ambil kesempatan juga,” kecam seorang netizen.
“Saya ada seorang ni pinjam RM50. Dah empat tahun. Bila minta tak ada duit, tapi tengok kehidupan dia sana sini kemas kini,” komen netizen yang lain.
“Bila kita pinjamkan duit, siap sedialah hutang tu tak akan dibayar balik. Pengajaran dari sekarang, walau ada duit, jangan sesekali pinjamkan sesiapa,” pesan @loqizekatz. – KOSMO! ONLINE