KUALA LUMPUR- Agak mustahil bagi warga kota untuk menjamu selera berbuka puasa di lokasi strategik di sini khususnya berdekatan dengan menara ikonik KLCC, dengan tawaran harga bufet serendah RM139 seorang dewasa.
Tetapi bagi mereka yang mahu memanfaatkan peluang tersebut dan juga mahu berada bersama keluarga dan rakan atau orang tersayang di premis yang memiliki aura resort dengan flora dan fauna maka, MiCasa All Suite Hotel boleh jadi pilihan terbaik dalam bulan Ramadan tahun ini.
Tempahan awal juga membolehkan pengunjung memanfaatkan harga serendah RM109 seorang dewasa adalah antara harga tawaran bufet Ramadan yang terendah di tengah bandar raya ini.
Berinspirasikan Icip Icip Desa, pengunjung mampu mengimbau kenangan lampau di kampung dengan menikmati hidangan kampung di Utara dan juga di Selatan di restoran Shiso di hotel tersebut.
Hasil idea dan air tangan dari Cef Adrian dan kumpulannya, pengunjung bakal terubat rindu untuk menikmati masakan bonda di kampung seperti asam pedas tetel, itik salai masak lemak cili api dan kerabu kerisik kulit timun.
Turut disediakan menu popular hotel tersebut adalah Lautan Seafood, nasi ambeng, nasi ulam ayam percik, kambing bakar dan juga sup ekor.
Stesen masakan secara langsung juga diadakan untuk membolehkan pengunjung menikmati menu segar untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.
Tidak lengkap juga jika tanpa hidangan bubur lambuk, pelbagai jenis kuih muih, pembuka selera dan pemanis mulut selain dilengkapi dengan minuman teh tarik dan jus. -KOSMO! ONLINE