fbpx

Mayat Muhammad Nazrin ditemukan, rakan masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat membawa naik mayat Muhammad Nazrin Haidar yang ditemukan tidak jauh dari lokasi dia terjatuh di Sungai Perak di Kampung Tepus, Parit hari ini. - Foto IHSAN PDRM

PARIT- Mayat seorang daripada dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus Sungai Perak di Kampung Tepus di sini semalam dijumpai sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, jasad Muhammad Nazrin Haidar Mohd. Hisham, 16, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 4.45 petang.

Katanya, lokasi remaja itu dijumpai tidak jauh dari tempat mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus.

“Jasad mangsa timbul di permukaan sungai selepas pihak bomba menggunakan kaedah pusaran bot di lokasi kali terakhir dua remaja itu dilihat. Mayatnya dibawa ke tebing dan disahkan oleh ahli keluarga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, mayat remaja lelaki itu dihantar ke Hospital Seri Iskandar di sini untuk proses bedah siasat.

“Usaha mengesan seorang lagi mangsa akan diteruskan oleh pasukan penyelamat sehingga mangsa dijumpai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI