fbpx

Man Tiger lepaskan tembakan disambung reman 4 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAN TIGER yang melepaskan enam das tembakan ke arah suami isteri disambung reman empat hari lagi bermula semalam sehingga 21 Februari ini.

KLUANG – Suspek dikenali sebagai Man Tiger yang melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, 10 Februari lalu disambung reman empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu selama tujuh hari sebelum ini berakhir semalam.

“Reman disambung bermula semalam sehingga 21 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat).

“Suspek juga akan didakwa setelah siasatan selesai dijalankan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada Isnin minggu lalu, suspek bersama dua lagi rakannya yang masih bebas melepaskan enam das tembakan ke arah pasangan suami isteri di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, di sini.

Dalam insiden pada pukul 12.17 tengah hari ini, suami isteri itu bagaimanapun terselamat dan suspek berjaya ditahan
kira-kira pukul 7 malam pada hari yang sama di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI