fbpx

Liverpool didakwa dapat bantuan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLVES mendakwa Konate (kiri) sepatutnya diarahkan meninggalkan padang kerana terlalu banyak kekasaran dilakukan sepanjang perlawanan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Vitor Pereira mengakui berang apabila pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate tidak dibuang padang ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Anfield itu, The Reds yang turun sebagai tuan rumah mengukuhkan cengkaman sebagai peneraju liga apabila bernasib baik menewaskan Wolves menerusi keputusan 2-1 hasil jaringan Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Pereira berkata, Konate tidak sepatutnya berada di atas padang pada separuh masa kedua kerana sudah melanggar banyak peraturan disiplin di kala dia sudah pun dilayangkan kad kuning sebelum itu.

“Sudah tentu saya sangat kecewa. Kalau mereka bermain kurang seorang pemain sekiranya (Konate) dilayangkan kad merah, sudah tentu keputusan perlawanan akan lebih berbeza tetapi keputusan bukan di tangan saya.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, saya gembira dan bangga dengan aksi ditampilkan semua pemain, terutamanya kebangkitan yang ditunjukkan di separuh masa kedua dengan melakukan asakan ke arah pintu gol lawan,” katanya.

Pengendali dari Portugal itu turut mengakui, satu kerugian buat Wolves yang terlalu menghormati Liverpool di separuh masa pertama kerana beliau percaya pasukannya mampu mendapatkan sesuatu daripada perlawanan tersebut.

“Memang terasa sangat rugi tidak dapatkan kemenangan kerana kami bermain cukup baik di separuh masa kedua. Saya tidak kisah Liverpool atau pasukan mana sekali pun, yang penting kami jangan terlalu menghormati lawan,” ujar Pereira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI