fbpx

Liga ACLE: JDT menang bergaya 5-2 ke atas Pohang Steelers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN diasak pertahanan Pohang Steelers FC pada perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!
ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kebangkitan untuk menang bergaya 5-2 ke atas Pohang Steelers dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu mendaki ke posisi keempat selepas mengutip 14 mata menerusi lapan perlawanan.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kelab Korea Selatan itu tersingkir daripada kelompok lapan terbaik bagi Zon Timur dan terkandas di saingan kumpulan.
Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampak seimbang setelah JDT dan kelab Korea Selatan itu berganti-ganti melancarkan serangan ke kubu lawan bagi memburu gol pembukaan.
Bersambung babak kedua, dua kesilapan mudah yang dilakukan benteng pertahanan Pohang Steelers membuka ruang kepada tuan rumah menghukum kesilapan lawan bagi meletakkan pasukan di hadapan.
Kelab Korea Selatan itu bagaimanapun berjaya merapatkan jurang apabila pemain simpanan, Kang Hyeonjae yang dibawa masuk menjaringkan gol kedua Pohang Steelers menerusi sentuhan pertamanya dari jarak dekat pada minit ke-80 setelah mendapat umpanan Hong Yun-Sang.
Pada masa tambahan, Heberty Fernandes menjaringkan gol buat JDT namun gol itu dibatalkan setelah semakan bantuan video pengadilan (VAR) mendapati bola itu sudah dalam kawalan penjaga gol sebelum dirampas Heberty.
Bagaimanapun, kekecewaan gol yang dibatalkan itu terubat setelah Jese Rodriguez yang mendapat umpanan Jorge Obregon mudah menewaskan Pyung-Guk dalam situasi satu lawan satu pada masa tambahan.
JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit akhir permainan setelah Obregon dikasari dalam kotak penalti dan pemain kelahiran Colombia menyudahkan sepakan penalti itu sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya juara Liga Super 10 kali itu. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI