fbpx

Lelaki hilang rupanya mati kena gigit buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR membawa mayat mangsa yang dipercayai dibaham buaya.

BINTULU – Lelaki yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Nyigu di sini, semalam ditemukan meninggal dunia dengan kesan gigitan buaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 29 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 2.32 petang tadi.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi dia meletakkan motosikal. Lelaki itu dipercayai dibaham buaya semasa menjala di tebing Sungai Nyigu kerana terdapat kesan gigitan reptilia tersebut pada badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengecaman dan pengesahan mayat sudah dilakukan oleh ahli keluarganya. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang oleh isterinya selepas tidak pulang ke rumah setelah keluar menjala ikan di Sungai Nyigu kira-kira pukul 5.30 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI