fbpx

Lelaki dicekup seludup 16 kg ganja di pangkalan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 16 kg dadah jenis ganja yang dirampas bersama seorang lelaki di pangkalan haram Hassan Merah, Rantau Panjang kelmarin.- Foto PGA

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup sebanyak 16 kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai lebih RM50,184 dari Thailand tidak kesampaian apabila dia dicekup di pangkalan haram Hassan Merah di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 23 tahun ditahan kira-kira pukul 7 pagi semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek cuba melarikan diri dan membuang bungkusan yang dipercayai berisi dadah tersebut semasa serbuan dijalankan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, sebanyak 34 kotak mengandungi lebih 16 jg dadah jenis ganja ditemui semasa tangkapan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati, kesemua dadah yang bernilai lebih RM50,184 itu dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Suspek dan dadah tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI