fbpx

‘Kereta mewah adalah pelaburan, itu memang minat saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaki memiliki kereta jenis Mercedes-Benz AMG A Class dan menganggap itu sebagai satu bentuk pelaburan.

KUALA LUMPUR – Memiliki kereta jenis Mercedes-Benz AMG A Class, penyanyi Zaki Yamani hanya mahu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mencapai impian walaupun berusia muda.

Dalam masa sama, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, turut memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kereta yang dianggarkan berharga sekitar RM300,000 untuk menjaga imej.

“Saya minta maaf sangat sebelum ini saya salah cakap bahawa ada kereta mewah kena jaga imej.

“Tujuan saya mahu generasi muda ada motivasi beli kereta yang mereka mahu walaupun pada usia muda.

“Memang saya mahu mereka jadikan inspirasi tetapi tersalah cakap sebelum ini sehingga kena kecam,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya, selain kereta dia juga akan membina rumah tetapi mahu memberikan tumpuan kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Bagi saya kereta itu adalah pelaburan, sebagai penyanyi muda perlu melabur.

“Kalau rumah pula memang saya ada terfikir cuma minat sekarang lebih kepada kereta.

“Tanah sudah ada cuma sekarang nak fokus berkarier dahulu. Kalau ada rezeki baru saya akan fikir untuk bina rumah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Zaki pernah meluahkan rasa bangga apabila berjaya memiliki kereta yang sudah lama diidamkan.

Bagaimanapun, dia dikecam kerana menyatakan kereta tersebut mampu melambangkan imej pencapaian di usia muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI