fbpx

Kereta elektrik terbakar tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta elektrik terbakar di sebuah lebuh raya malam semalam. - Foto SCDF/Facebook

SINGAPURA – Sebuah kenderaan elektrik (EV) terbakar secara tiba-tiba, menyebabkan seorang cedera di Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) menghala ke Woodlands, Singapura, lapor laman berita MSNews hari ini. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 9.20 malam (waktu tempatan) semalam.

Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Anggota-anggota bomba SCDF segera menggunakan ‘selimut api’ untuk mengawal kebakaran dan mengehadkan penyebaran asap.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, SCDF mendedahkan bahawa tiga jet pancutan air digunakan untuk menyejukkan kereta, manakala peralatan khusus digunakan untuk menyiram air ke dalam bateri yang terbakar.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI