fbpx

Kelab keenam tercorot dalam fasa kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK United, Casemiro (tengah) cuba meraih simpati pengadil selepas mendakwa dijatuhkan dalam kotak penalti Spurs. - AFP

LONDON – Kekalahan 0-1 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam meletakkan pengurus Manchester United, Ruben Amorim dalam situasi paling sukar sejak kehadirannya di Old Trafford.

Bagaimanapun, pengurus dari Portugal itu enggan terlalu memikirkan tentang masa depannya, namun lebih mengutamakan tugas untuk mengembalikan semua prestasi terbaik The Red Devils.

“Saya tidak bimbang tetapi saya faham apa yang peminat dan media fikirkan. Saya cukup bencikan kekalahan dan perasaanya sudah pasti agak teruk.

“Saya tidak fikirkan tentang perkara lain selain daripada tugasan saya membantu pemain. Saya amat memahami situasi tugas sekarang, namun saya tetap yakin kami mampu melunaskan hasrat untuk meraih kemenangan.

“Saya tidak bimbang mengenai diri sendiri tetapi saya lebih risaukan tentang kedudukan pasukan dalam carta liga ketika ini,” katanya.

Gol tunggal daripada James Maddison pada minit ke-13 di Stadium Tottenham Hotspur itu menyaksikan United kini dilabel sebagai kelab bawahan apabila menghuni tangga keenam tercorot, tiga anak tangga dari zon penyingkiran liga.

Sejak menggantikan Erik ten Hag, Amorim kini tewas lapan daripada 14 perlawanan EPL dan sekiranya keputusan negatif itu berterusan, tidak mustahil United boleh jatuh ke kedudukan yang lebih rendah.

Ini juga kedudukan terburuk United dalam sejarah sejak EPL mula diperkenalkan 1992/1993 dan kali terakhir menamatkan liga di luar kelompok 10 teratas sewaktu saingan masih gelaran Divisyen Satu di kedudukan ke-13 pada edisi 1989/1990. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI