fbpx

‘Kalau tidak mahu beri peruntukan cakap sahaja, jangan bermuka-muka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan memberi kata putus berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, kerajaan perlu berhenti berteka-teki mengenai peruntukan tersebut dan berterus terang ketika bersidang di Dewan Rakyat.

“Kalau tidak mahu beri peruntukan, cakap sahaja dalam Dewan Rakyat, jangan bermuka-muka di dalam kata lain, di luar kata lain. Sebab itu tidak baik.

“Dalam bab ini saya berharap perkara ini perlu ada politik yang matang supaya akhirnya tidak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang, nasib rakyat di kawasan kamu akan terbela dan bantuan itu diberikan tidak ikut warna politik,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Syed Saddiq, sebanyak lima kali rundingan telah dilakukan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Fadillah Yusof berhubung soal peruntukan terhadap Ahli Parlimen pembangkang, namun tiada sebarang perkembangan positif.

“Surat demi surat telah dihantar. Lebih 400 hari sudah berlalu tapi bantuan daripada kerajaan ke Parlimen Muar kosong ringgit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI