fbpx

‘Kalau saya nak sorok-sorok, tidak payah umum nama syarikat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Pelantikan tiga syarikat baharu untuk menyediakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) dibuat melalui proses lantikan secara terbuka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya membuat lantikan secara terbuka bagi memastikan fungsi syarikat tersebut tidak diragui.

“Kalau saya nak sorok-sorok, tidak payah saya umum nama syarikat ini. Yang penting kita nak buka pasaran pemeriksaan kenderaan ini lebih kompeten dan berdaya saing.

“Lebih banyak pilihan kepada pengguna, termasuk pusat pemeriksaan di Jerantut yang akan memudahkan rakyat supaya tidak pergi jauh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Loke berkata demikian menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan kriteria dan relevensi pemilihan ketiga-tiga syarikat PPKM baharu biarpun tidak mempunyai pengalaman.

Anthony berkata, ketiga-tiga syarikat tersebut adalah milik Bumiputera dan seharusnya diberikan keyakinan untuk melakukan projek berkenaan.

“Jadi kita kena ada keyakinan dengan syarikat-syarikat ini dan yang penting pemeriksa kenderaan itu mesti bertauliah. Apabila mereka siapkan semua kriteria, kelengkapan dan kemudahan perlu ada pemeriksaan setiap lorong itu mesti dilantik oleh pemeriksaan kenderaan yang bertauliah.

“Pekerja mesti ambil kursus dahulu di JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), penilaian juga oleh JPJ baru boleh menjalankan fungsi pemeriksaan kenderaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan tiga syarikat baharu yang diberikan projek melaksanakan PPKM adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdn Bhd dan Beriman Gold Sdn Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI