fbpx

Jangan pakai barang kemas besar, menonjol di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Ragut boleh berlaku dalam sekelip mata dan nyawa boleh terancam hanya kerana seutas rantai”.

Itu antara kenyataan Public Health Malaysia (PHM) tentang risiko memakai barang kemas di tempat awam.

PHM menerusi kenyataannya berkata, elakkan memakai barang kemas yang besar dan menonjol di kawasan terbuka.

Selain itu katanya, simpan barang berharga dengan selamat dan tidak mudah terdedah.

“Peka dengan keadaan sekeliling dan elakkan kawasan sunyi.

“Bayangkan anda berjalan di pasar malam, di parkir sunyi, atau di tempat sesak dengan gelang emas besar di pergelangan tangan, rantai berkilau di leher.

“Anda mungkin tidak sedar, tetapi mata-mata sedang memerhati,” kata kenyataan sama.

Tambah PHM, harta boleh dicari tetapi keselamatan tiada gantinya.

“Jangan jadikan diri sasaran jenayah. Beringat sebelum terkena!,” ujar PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI