PETALING JAYA – Seorang pengusaha kantin menerima pujian apabila memberi taklimat sebagai inisiatif untuk membantu para murid tahun satu membeli makanan.
Menerusi video tular di TikTok, kelihatan wanita itu mengajar murid-murid bagaimana caranya untuk membelanjakan duit di kantin sekolah.
Para murid yang sedang khusyuk mendengar ketika berada dalam barisan turut disaksikan ibu bapa yang hadir bagi memantau anak-anak mereka.
“Buang makanan dalam tong sampah. Bawa bekal, bawa botol air kena makan dan minum, tak boleh buang.
“Pergi sekolah mak ayah ada bagi duit warna biru. Kalau bagi duit warna hijau, jangan gerak. Ambil baki dulu. Boleh bagi duit dekat kawan tak? Tak boleh.
“Tak boleh makan aiskrim sebelum makan. Nanti apa? Ya, nanti perut ada cacing,” katanya ketika memberikan taklimat itu.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang memberikan pujian menyeluruh sekali gus menyifatkan pengusaha kantin itu benar-benar ikhlas dalam berniaga.
“Bagus inisiatif ni. Dekat sekolah jarang-jarang pengusaha kantin nak tekankan bab ini. Mohon sambung lagi tender mak cik kantin ni,” kata Apis.
“Bagusnya pengusaha kantin macam ni. Jelas arahan. Budak-budak sekarang kan kalau bagi duit, terus je jalan tak ambil baki. Terima kasih mak cik, wajar dicontohi,” komen Fify Armiza.
“Acik kantin macam inilah yang kita mahukan. Sangat prihatin, nampak ikhlas dalam berniaga,” komen Ilya Syakirah pula. – KOSMO! ONLINE
@suriamalaysia Inilah namanya Pengetua Kantin 🤩 Semoga adik-adik ingat ya pesanan acik kantin. Duit hijau kena tunggu baki tau 😜 #suriamalaysia #segalanyahiburan #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Suria Malaysia