fbpx

Hartalega catat untung RM19 juta suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hartalega akan mempertingkatkan lagi kecekapan operasi dan automasi serta pertambahan kapasiti.–gambar hiasan

PETALING JAYA – Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) mencatatkan untung selepas cukai berjumlah RM19 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2024, iaitu lebih rendah berbanding RM23 juta pada suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata,  Kumpulan mencatatkan keuntungan operasi berjumlah RM36 juta bagi suku tahun yang dilaporkan.

Ini menunjukkan satu peningkatan ketara berbanding kerugian operasi RM8 juta yang dialami pada suku tahun yang sama setahun lalu, terutamanya dipacu oleh jumlah jualan lebih tinggi sebanyak 73 peratus.

 “Prestasi ini juga disokong oleh margin operasi baik, yang dicapai menerusi harga jualan purata (ASP) lebih tinggi dan penambahbaikan kecekapan operasi dan kos, sambil Kumpulan meningkatkan aktiviti pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mun Leong menerangkan, prestasi kewangan kami pada suku tahun ini mencerminkan pemulihan secara beransuran untuk sektor sarung tangan, disokong oleh jumlah jualan dan pertumbuhan hasil lebih tinggi. 

“Aktiviti mengisi semula stok di pasaran utama dan pelarasan kapasiti telah membantu melegakan sebahagian daripada tekanan bekalan berlebihan,” jelasnya.

Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan berakhir 31 Disember 2024, Kumpulan mencatatkan untung selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM60 juta.

Prestasi ini dicapai berasaskan hasil berjumlah RM2 bilion, iaitu 51 peratus  lebih tinggi berbanding tahun fiskal terdahulu, terutamanya disebabkan oleh jumlah jualan lebih tinggi. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI