fbpx

‘Harap bersabar, pesakit 400 orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan yang berlaku di Klinik Kardiologi Hospital Serdang hari ini

SERDANG – “Ayoo.. ramainya orang. Sudah tunggu dari pagi maa..”

Demikian rungutan seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Jenny di Klinik Kardiologi Hospital Serdang di sini hari ini.

Menurutnya, dia tiba di Pusat Jantung Hospital Serdang pukul 8 pagi dan sehingga pukul 11.30 pagi belum dapat berjumpa doktor.

Katanya, dia yang merupakan pesara kerajaan sebelum ini menjalani pemeriksaan susulan di Institut Jantung Negara (IJN)

“Sekarang sudah tidak boleh pergi IJN. IJN tidak terima GL kerajaan. Kena pergi sini (Pusat Jantung Hospital Serdang)

“Saya rasa sebab itu sini sangat ramai. Ramai dari IJN kena ke sini,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Seorang ahli keluarga pesakit dikenali sebagai Zai berkata, dia membawa bapanya ke Pusat Jantung Hospital Serdang kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, sehingga pukul 11.30 pagi bapanya tidak dapat berjumpa doktor kerana jumlah pesakit terlalu ramai.

“Saya rasa sebab ramai dari IJN kena ke sini. IJN kata kalau mahu ke IJN semula perlu dapatkan surat daripada Pusat Jantung Hospital Serdang,” katanya.

Sementara itu, Klinik Kardiologi Hospital Serdang melalui satu pengumuman kira-kira pukul 12 tengah hari ini meminta orang ramai supaya bersabar.

“Kita menerima jumlah pesakit yang ramai. ‘Current patient’ hampir 400. Semua pesakit harap bersabar tunggu giliran,” kata pengumuman tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI