fbpx

Gajah dirempuh van bersikap agresif sebelum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR gajah mati selepas dilanggar sebuah van. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seekor gajah mati selepas dirempuh sebuah van yang sedang menuruni bukit di Lebuh Raya 344, Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian itu, kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian depan, manakala dua penumpangnya cedera. 

Dalam masa sama, gajah tersebut merayau-rayau selepas dirempuh van sebelum ia ditemukan mati awal pagi semalam.

Beberapa penduduk tempatan berkata, mereka sebelum itu melihat mamalia tersebut berhampiran sebuah restoran selepas kemalangan berlaku.

Gajah itu dilaporkan menunjukkan tingkah laku agresif dengan mengejar anjing yang menyalak. 

Menjelang pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam, gajah itu ditemukan mati di kawasan hutan, lapor laman berita Khaosod. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI