fbpx

Gadis keluar COD ditemukan mati terapung dalam terusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Putri Regita Amanda. - Foto Istimewa

JAKARTA – Mayat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Jombang, wilayah Jawa Timur ditemukan terapung di sebuah terusan, lapor laman berita Tribun Medan kelmarin.

Putri Regita Amanda, 18 , keluar dari rumah pada 10 Februari lalu dan memberitahu bapanya untuk menemui seseorang dengan alasan bagi tujuan COD atau penghantaran barangan secara tunai. 

Namun sebaliknya, COD bermaksud untuk bertemu kekasih atau teman lelaki dan ia adalah bahasa slanga bagi golongan muda. 

Mangsa kemudian tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui pada 11 Februari lalu.

Ketua Polis Jombang, Ardi Kurniawan berkata, tiga lelaki termasuk seorang pelajar ditangkap pada Rabu lalu kerana disyaki membunuh mangsa.

Menurut seorang lagi pegawai polis Jombang, Margono Suhendra, salah seorang suspek ialah kekasih mangsa.

“Setelah diperkosa secara bergilir, mangsa yang sudah tidak berdaya dicampak ke terusan oleh pelaku-pelaku untuk menghapuskan bukti.

“Mangsa ketika itu masih hidup sebelum dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI