fbpx

Dalam majlis majoriti rakyat Malaysia, tapi cakap Inggeris juga – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi di Dewan Rakyat. - Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membangkitkan isu berkaitan segelintir pihak didakwa lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam majlis-majlis rasmi, meskipun majoriti tetamu adalah rakyat Malaysia.

Katanya, usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini dilihat masih lemah terutama dalam urusan rasmi dan acara-acara besar yang diadakan sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan.

“Dalam majlis, orang putih ada tiga orang sahaja, yang orang kita (rakyat Malaysia) ramai, semua boleh berbahasa Melayu, (tetapi) cakap Inggeris juga. Surat rasmi, bicara di mahkamah, masih lagi (guna bahasa Inggeris).

“Kita lihat bangsa lain pergi ke (sidang) PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu), pemimpin mereka berucap dalam bahasa sendiri. Pemimpin kita tidak, berucap dalam bahasa Inggeris.

“Tapi negeri yang ada identiti, ada jiwa bangsa, cakap bahasa dia (bahasa rasmi). Oleh sebab itu, memperkasakan bahasa kebangsaan ini sangat penting dan perlu disedari,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden Pas itu turut membangkitkan isu berkaitan papan tanda di kawasan-kawasan bandar dikatakan lebih menonjolkan penggunaan bahasa asing berbanding bahasa Melayu menerusi saiz tulisan yang dipaparkan.

“Bahasa Melayu ini bahasa rasmi. Dalam masa sama, kita tak larang belajar bahasa lain, boleh untuk tuntut ilmu.

“Tapi apa yang berlaku hari ini bercelaru, kedai-kedai di bandar-bandar semua bahasa ada, bahasa Melayu halus sahaja, bahasa Inggeris besar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI