fbpx

Bank Rakyat peruntuk RM900,000 teruskan tradisi Kempen Hulurkan Salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Rakyat memperuntukkan sebanyak RM900,000 bagi meneruskan tradisi Kempen Hulurkan Salam pada tahun ini.

PETALING JAYA – Bank Rakyat meneruskan tradisi menghargai pelanggan dengan peruntukan lebih RM900,000 menerusi Kempen Hulurkan Salam tahun ini.

Kempen utama yang bakal berlangsung bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini menawarkan hadiah berjumlah RM370,000 termasuk kereta mewah Jaecoo J7, Proton e.MAS dan motosikal elektrik BMW CE 04.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff berkata, ‘Hulurkan Salam’ diangkat sebagai tema Ramadan dan Syawal tahun ini sebagai simbolik penghargaan bank itu kepada pelanggan setia.

“Kempen ini menawarkan peluang kepada pelanggan memenangi pelbagai ganjaran di samping menyediakan platform kepada usahawan untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan serta inisiatif Jangkauan Komuniti kepada masyarakat.

“Diharapkan inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan kami dengan para pelanggan dan menggembirakan mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini

Menerusi kempen itu, Bank Rakyat turut menawarkan pelbagai rebat dan ganjaran seperti Kempen Rebat Petrol dari 27 Mac sehingga 10 April ini yang mana pelanggan boleh menikmati diskaun lima peratus bagi pembelian petrol, diesel dan barangan runcit di stesen minyak seluruh negara.

Selain itu, Kempen Rebat Barangan Runcit menawarkan diskaun tiga peratus bagi pembelian barangan keperluan harian sejak 27 Mac sehingga 3 April ini.

Sementara itu, Kempen Rebat Emas menawarkan diskaun satu peratus bagi pembelian emas menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat bermula 1 Mac sehingga 30 April ini.

Melalui Kempen iRakyat Duit Raya pula, pelanggan yang melakukan jumlah transaksi duit raya tertinggi dari 17 Mac hingga 13 April ini berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM2,000.

Bagi menyokong usahawan, Bank Rakyat bakal menghimpunkan sebanyak 100 gerai usahawan sempena Ramadan menerusi Karnival Bazar Riang Raya bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat pada 17, 19, 20 dan 21 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI