fbpx

Ajinomoto lancar laman web kelestarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMB komited terhadap pematuhan ESG untuk membantu mengurangkan impak kepada alam sekitar untuk tempoh jangka panjang.

PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah melancarkan Laman Web Kelestarian baharu di laman web korporat syarikat, menandakan satu langkah penting dalam usaha kelestariannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, laman web memberikan perspektif yang lebih luas mengenai komitmen AMB terhadap kelestarian masyarakat, selaras dengan matlamat Kumpulan Ajinomoto dan Hasil Kelestarian 2030, iaitu Mengurangkan Kesan Alam Sekitar sebanyak 50 peratus serta membantu memanjangkan jangka hayat sihat satu bilion penduduk. 

“Dengan penekanan kepada kesederhanaan dan kebolehcapaian, laman web baharu ini membolehkan para pemegang taruh memahami dengan lebih mendalam mengenai inisiatif kelestarian dan sumbangan AMB dalam ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus). 

“Seperti yang dinyatakan dalam visi kami iaitu Membawa Kebahagiaan dengan Cita Rasa yang Menyatukan, Menginspirasi Kreativiti Makanan dalam Kehidupan Anda,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI