fbpx

Aisyah Aziz bakal nikah lepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIJANGKA bernikah selepas raya, Aisyah memberitahu bakal suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz itu, dia hanya memohon doa daripada semua pihak agar segala urusan menjelang majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, mohon semua mendoakan saya. Umur saya sudah sesuai untuk bergelar isteri.

“Majlis akan diadakan dalam tempoh terdekat tapi insya-Allah selepas raya.

“Saya akan kongsikan dengan lebih selepas sah diijabkabul. Saya tak mahu terlalu berkongsi sehingga betul-betul sudah selesai,” kata Aisyah, 30, ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) di sini, baru-baru ini.

Tambah adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, calon suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.

“Bakal suami bukan orang industri,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai majlis tersebut kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI