fbpx

2 remaja diberkas curi Yamaha LC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL Yamaha 135LC yang dicuri berjaya dirampas selepas daripada dua orang remaja lelaki yang ditahan petang semalam.

KLUANG – Dua remaja lelaki yang dipercayai sudah tidak bersekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Jalan Lambak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu pihaknya dimaklumkan oleh mangsa iaitu seorang lelaki motosikal miliknya hilang di jalan berkenaan pada pukul 4.43 petang.

Katanya, Susulan kejadian itu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melancarkan Ops Lejang pada pukul 6.30 dan 7 petang hari yang sama telah berjaya menangkap dua remaja lelaki tersebut.

“Kedua-dua remaja lelaki warga tempatan masing-masing berusia 17 tahun itu ditahan di Jalan Mersing dan Taman Kampung Majid di sini.

“Mereka tiada rekod jenayah, ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, hasil daripada tangkapan itu, pihak polis berjaya merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC dan satu anak kunci Yamaha.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI