fbpx

Zayn Rayyan: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan tertutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak dalam perbicaraan kes pengabaian Allahyarham Zayn Rayyan akan memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya esok.

PETALING JAYA – Dua saksi pendakwaan kanak-kanak dalam perbicaraan kes pengabaian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin akan memberi keterangan secara tertutup (in camera) di Mahkamah Sesyen, di sini esok.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk prosiding itu berlangsung secara tertutup dengan dua kanak-kanak itu ditemani orang dewasa yang akan ditempatkan jauh daripada saksi itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan kepada mahkamah dua saksi kanak-kanak tersebut akan memberi keterangan mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

“Saksi-saksi itu tidak akan berada di dalam bilik mahkamah tetapi akan berada di lokasi lain dan keterangan mereka akan diambil melalui ‘videolink’,” katanya.

Pada masa sama, Raja Zaizul Faridah berkata, media tidak boleh mendedahkan identiti mereka dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika melanggar undang-undang.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan Khamis ini bagi saksi-saksi dan pihak-pihak yang terlibat membuat lawatan di lokasi kejadian iaitu Apartment Idaman, Damansara Damai.

“Hanya pihak-pihak terbabit saja dibenarkan ke lokasi jenayah iaitu hakim, jurubahasa, timbalan pendakwa raya, peguam, tertuduh dan saksi-saksi yang terbabit,” kata hakim Syahliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI