fbpx

Wanita tinggalkan bayi dalam beg kertas direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki ditemui ditinggalkan dalam beg kertas di sebuah stesen bas di Jalan Perak, semalam.

GEORGE TOWN – Wanita yang dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah perhentian bas di Jalan Perak semalam direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek warga tempatan berusia 20 tahun itu kini masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Suspek masih menerima rawatan di wad hospital dan berada dalam keadaan stabil. Bayinya juga masih dalam pemantauan perubatan.

“Suspek berusia 30 tahun itu direman bermula hari ini hingga 20 Februari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, bayi lelaki itu ditemui orang awam dalam sebuah beg kertas di perhentian bas sekitar pukul 8.03 pagi semalam.

Suspek kemudiannya ditahan polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini pada pukul 2.20 petang hari yang sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI