fbpx

[VIDEO] ‘Jatuh pun vokal tak goyang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Hael terjatuh ketika persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-39 malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi, Hael Husaini menerima pujian ramai apabila berjaya mengawal vokal meskipun tersadung hingga terjatuh sekali gus menyelamatkan persembahannya pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39, malam tadi.

Rata-rata yang menonton secara langsung sama ada di Axiata Arena, Bukit Jalil mahupun di rumah ternyata terkejut apabila Hael tiba-tiba terjatuh kerana terlanggar ‘prop’.

Bagaimanapun, Hael yang membawa lagu ‘Diam’ berjaya meneruskan nyanyian dengan persembahan vokal yang memukau.

“Hael jatuh terus jadi slay, vokal pun tak goyang mat,” kata Nabila.

“Hael jatuh tu memang jatuh betul ke atau gimik, terkejut aku,” jelas Imal.

“Persembahan Hael dekat AJL dah mantap tiba-tiba jatuh pula atas pentas,” ujar Lily.

“Pandai ‘cover’ waktu jatuh, sangat profesional,” kata Ael.

Untuk rekod, Hael yang juga merupakan seorang komposer pernah merangkul gelaran juara AJL pada 2018 dan 2019 menerusi lagu ‘Jampi’ dan ‘Haram’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI