fbpx

‘Usah dicanang merata’ – Suami Zehra Zamri jawab isu rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami kepada penyanyi, Zehra Zamri yang dikenali sebagai Nur Mohd. Iqwan akhirnya bersuara selepas lebih seminggu isu rumah tangga mereka diperkatakan.

PETALING JAYA – Suami kepada penyanyi, Zehra Zamri yang dikenali sebagai Nur Mohd. Iqwan akhirnya bersuara selepas lebih seminggu isu rumah tangga mereka diperkatakan.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Iqwan memaklumkan bahawa dia sudah membaca artikel yang dipercayai mengenai kisah rumah tangganya.

“Saya sudah baca artikel tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar. Alhamdulillah saya tenang dan sihat atas kehendak-Nya jua.

“Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata. Biarkan bakat sahaja berbicara,” tulisnya dalam InstaStory.

Tambah Iqwan yang merupakan kakitangan di RTM itu lagi, dia turut tertanya-tanya adakah perkara lain yang tidak diketahuinya.

“Ada perkara lainkah yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu,” tegasnya.

Terdahulu, netizen mula mempersoalkan tentang isu pergolakan rumah tangga Zehra selepas suaminya dilihat memadam gambarnya dalam Instagram dan tidak lagi menemaninya ke konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Menurut Zehra, suaminya seorang yang tidak suka dengan bidang glamor dan tidak mahu dikenali sebagai suami seorang artis. Disebabkan itu, dia mengambil pendekatan untuk memadam gambar Zehra.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan  pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI