fbpx

‘Terus terang, saya tak letak harapan langsung untuk menang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marsha mendedahkan dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk merangkul trofi Juara Keseluruhan AJL39.

KUALA LUMPUR – Berjaya menjulang trofi utama Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), trofi dimenangi penyanyi Marsha Milan membuatkannya terkenang insan tersayang yang sudah tiada.

Marsha atau nama lengkapnya Marsha Milan Londoh, 39, turut teringat kembali fasa jatuh bangun membina nama sepanjang dua dekad dalam dunia seni.

“Lagu Hening Rindu ini buatkan saya banyak teringat tentang orang tersayang yang sudah pergi dalam hidup saya.

“Pada masa yang sama, saya melihat kepada situasi sekarang dan jadi satu kesukaran kerana saya benar-benar menjiwai lagu itu.

“Alhamdulillah, keluarga, label, rakan dan pihak pengurusan banyak menyokong saya. Jadi saya katakan di sini, memang trofi ini sangat bermakna selepas 20 tahun mencari nama dan bergelut dalam industri seni ini,” katanya dalam nada sebak.

Ditanya mengenai target untuk bergelar juara, anak kelahiran Sabah itu mengakui tidak langsung meletakkan sebarang harapan.

“Terus-terang saya tak letak langsung sebarang harapan.

“Namun jauh di sudut hati saya mestilah terbayang alangkah seronoknya jika dapat gelaran juara tersebut,” ujarnya lagi.

Berkongsi lanjut, Marsha yang bimbang dengan persiapan anugerah berprestij berkenaan hanya fokus dengan penjiwaan lagu ciptaan Ikhwan Fatanna.

“Sebenarnya, agak risau sebab persiapan saya untuk AJL kali ini tidak sama macam yang sebelum ini. Apabila saya dah berada dalam zon itu pula, saya terlalu menjiwai lagu.

“Boleh dikatakan ada banyak pengalaman hidup saya yang berkaitan dengan lagu ini.

“Jadi alhamdulillah, ini rezeki dari Allah dan terima kasih juga kepada semua pihak yang bantu untuk persiapan saya kali ini,” jelasnya.

Semalam, lagu dendangan Marsha Hening Rindu diumumkan sebagai Juara AJL 39, sekali gus membawa pulang RM100,000 bersama trofi utama.

Usai diumumkan sebagai pemenang, penyanyi asal Sabah itu gagal menahan sebak sehingga tidak dapat berkata apa-apa melainkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjadi tulang belakangnya.

Sebelum ini, Marsha pernah dijulang sebagai naib juara selain memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada AJL 36 menerusi lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI