fbpx

Tengku Zafrul nafi dipilih jadi Duta Besar Malaysia ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (dua dari kiri) bersama Anwar (tengah) hadir ke Persidangan China Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan bahawa beliau akan menjadi Duta Besar Malaysia yang seterusnya ke Amerika Syarikat (AS).

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya bersedia untuk menyokong sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia baharu ke AS.

“Jawapannya adalah tidak. Tetapi, saya serahkan kepada sesiapa sahaja yang dilantik, kementerian kami bersedia untuk menyokong,” katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan China Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon untuk Duta Besar Malaysia ke AS telah dikenalpasti, namun pelantikan itu perlu melalui proses mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar berkata beliau akan pergi menghadap Tuanku yang kini sedang berada di Bahrain untuk mendapat perkenan tersebut.

Pada 8 Februari lepas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.

Bekas Menteri itu mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, Amerika Syarikat terus menjadi rakan perdagangan yang sangat penting bagi Malaysia.

“Destinasi eksport nombor satu kami adalah Amerika Syarikat, dan kedua adalah China. Pelaburan terbesar dalam sembilan bulan terakhir datang daripada syarikat-syarikat AS,” katanya.

Tambahnya, Malaysia akan terus berhubung dengan Amerika Syarikat dan menangani kebimbangan mereka mengenai pelaburan di Malaysia.

Menurut Tengku Zafrul, beliau dan kementeriannya merancang untuk melawat AS sekali lagi pada suku kedua tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI