fbpx

Tak sempat lari, pencuri jatuh tergantung siling rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tersangkut pada siling rumah seorang penduduk. - ANTARA

JAKARTA – Seorang suspek kejadian curi motosikal mengalami nasib malang apabila dia tersangkut pada siling rumah selepas gagal melarikan kenderaan itu, lapor laman berita PRFM News.

Kejadian berlaku di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung, Komisioner Luthfi Olot Gigantara berkata, suspek yang dikenali sebagai FN ketika kejadian cuba melarikan diri apabila perbuatannya disedari pemilik motosikal tersebut.

“Suspek melarikan diri dengan memanjat ke bumbung rumah seorang penduduk.

“Dia akhirnya tidak dapat bergerak apabila jatuh pada siling sebelum ditangkap oleh polis dan penduduk,” kata Luthfi.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek pernah mencuri di dua lokasi iaitu Pangandaran dan Cileunyi, Bandung. 

Dia kini ditahan untuk tindakan selanjutnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI