fbpx

Serangan bom di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek meninggalkan motosikal sebelum melarikan diri di wilayah Narathiwat. - AGENSI

BANGKOK – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dalam letupan bom di sebuah pos kawalan keselamatan dalam  wilayah Narathiwat, selatan Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.10 malam (waktu tempatan) di luar Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Waeng.

“Bom yang dipasang pada sebuah motosikal roda tiga meletup. Letupan menyebabkan dinding pos kawalan dan beberapa motosikal lain rosak. 

“Mangsa yang cedera termasuk tiga sukarelawan pertahanan dan empat penduduk tempatan. Mereka dibawa ke Hospital Waeng untuk rawatan lanjut. 

“Pemeriksaan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggang sebuah motosikal yang diubah suai sebelum meletakkanya di hadapan pos. 

“Bom itu meletup beberapa minit selepas motosikal itu diletakkan,” kata polis. 

Polis sedang mengenal pasti individu atau kumpulan pemberontak yang terlibat dalam serangan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI