fbpx

Sembelit rupanya sakit usus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIOR Azlan bersama anak-anaknya ketika ditemui dirumahnya di Sayong, Kuala Kangsar baru-baru ini.

KUALA KANGSAR – Seorang bapa buntu dalam mencari sumber pendapatan untuk menanggung lapan anak termasuk empat kategori orang kurang upaya (OKU) sejak disahkan menghidap penyakit usus pada 2021.

Mior Azlan Mohamed Mokhetar, 47, berkata, kemampuannya untuk meneruskan kerja-kerja pertukangan seperti sebelum ini terbatas kerana sakit yang ditanggung sejak empat tahun lalu.

“Saya berusaha mencari kerja. Kadangkala mengambil apa sahaja kerja yang diberikan upah. Cuma dengan keadaan yang sakit ini membuatkan kemampuan saya agak terhad

“Duit simpanan dikumpul semasa masih sihat juga sudah habis. Isteri membantu dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti memotong rumput de­ngan upah sekitar RM30, tetapi ia tidak cukup buat kami,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mior Azlan mempunyai lapan anak berusia antara 3 hingga 19 tahun dan menerima ban­tuan persekolahan RM1,000 se­bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bercerita mengenai penya­kitnya, Mior Azlan berkata, dia tidak menyangka simptom sembelit yang dialami adalah punca sakit usus.

“Saya telah menjalani beberapa sesi pembedahan dan kini masih lagi meneruskan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

“Badan berasa sangat sakit, tetapi nasib anak-anak lebih merisaukan saya. Terutama mereka yang bersekolah adalah berstatus OKU lembam,” katanya yang berharap ada ruang pekerjaan untuk dirinya mencari rezeki buat keluarga.

Orang ramai yang mahu me­nyumbang boleh me­nyalurkannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08200-29-89758197-0 atas nama Mior Azlan Mohamed Mokhetar atau meng­hubunginya di talian 019-836 2502.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI