fbpx

Semangat kesatuan angkat martabat Malaysia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Semangat kesatuan berteraskan prinsip-prinsip asas negara telah mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu, maju dan makmur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip yang digariskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi asas penting dalam memastikan perpaduan negara kekal utuh.

“Tunku Abdul Rahman konsisten berbicara soal perpaduan negara, baik di negeri-negeri, Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian dengan Sabah serta Sarawak menerima kenyataan kepelbagaian, kerencaman kaum dan budaya.

“Beliau adalah antara yang meletakkan tunggak prinsip negara seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Menurut Anwar, dalam memperjuangkan prinsip-prinsip tersebut, Tunku Abdul Rahman tetap merangkul semua budaya dan kaum dengan tujuan memastikan kepentingan negara mengatasi segala perbezaan.

“Pada hari ini, saya hanya ingin menggesa rakyat terutama generasi muda supaya memahami bahawa negara ini tertegak dengan (adanya) prinsip-prinsip.

“(Selain) tunggak perlembagaan yang jelas, tetapi dari awal (kita telah) menerima kenyataan (iaitu) budaya yang rencam, kaum yang pelbagai dan wilayah yang berbeza,” ujarnya.

Justeru, Anwar menggesa rakyat khususnya generasi muda untuk memahami dan mempertahankan nilai-nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan negara.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa pemimpin terdahulu menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan prinsip asas negara.

“Walaupun diterima oleh majoriti rakyat, perjuangan, Tunku Abdul Rahman tidak terlepas daripada hambatan dan tentangan. Namun, beliau tetap teguh mempertahankan prinsip perpaduan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI