fbpx

Sekolah sesi petang tamat lebih awal pada Ramadan – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sesi persekolahan petang bagi sekolah yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan tamat seawal pukul 5.30 petang di negeri-negeri Semenanjung sepanjang bulan Ramadan ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, bagi sekolah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, sesi persekolahan akan berakhir lebih awal pada pukul 5 petang.

Katanya, ketetapan itu bertujuan memastikan murid dan guru dapat menunaikan ibadah Ramadan dengan lebih selesa, selaras dengan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang masih berkuat kuasa.

“Pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan untuk Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM berjalan seperti biasa, sama seperti tahun sebelum ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut KPM, sesi persekolahan pagi akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Dalam pada itu, KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius terhadap hantaran di media sosial yang cuba menimbulkan kekeliruan mengenai pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan.

“Semua pengarah bahagian dan pengarah pendidikan negeri diminta untuk mengingatkan pengetua dan guru besar institusi pendidikan bawah KPM supaya mematuhi surat siaran tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, KPM menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk maklumat rasmi kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba untuk mengelirukan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI