fbpx

Remaja lelaki, bapa saudara lemas ketika memukat ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat remaja lelaki yang dijumpai mati selepas selepas karam bersama bapa saudaranya ketika memasang pukat ikan di Sungai Mendamit, Limbang.

LIMBANG – Remaja lelaki yang hilang ketika memasang pukat ikan bersama bapa saudaranya di Sungai Mendamit, berhampiran Rh. Thaddeus Kpg Pulau Brunei di sini semalam ditemukan mati lemas, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa berusia 16 tahun itu dijumpai oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian di Sungai Medamit kira-kira pukul 9.20 pagi tadi, berhampiran dengan lokasi mayat bapa saudaranya ditemui.

“Anggota bomba kemudian membantu membawa mayat mangsa ke Rh. Thaddeus Kampung Pulau Brunei dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pada pukul 7.30 pagi tadi selepas pencarian yang dijalankan semalam gagal menjumpai mangsa.

Ia selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.33 petang semalam, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi yang terletak sejauh 70 kilometer dari balai.

Menjelas lanjut, beliau berkata kedua-dua mangsa dilaporkan pergi ke Sungai Mendamit kira-kira pukul 1 petang, 15 Februari lalu untuk memasang pukat ikan.

Bagaimanapun, katanya sehingga semalam, mereka didapati tidak balik ke rumah sebelum salah seorang mangsa (bapa saudara) yang berusia 62 tahun dijumpai meninggal dunia di tebing sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI