fbpx

Penilaian program SRBJ dibuat dalam tempoh 6 bulan, setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN menyantuni murid-murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan di sekolah rintis Bangsa Johor di SK Seri Kota Puteri 4, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Penilaian terhadap keberkesanan program Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh enam bulan hingga setahun bagi melihat keberkesanannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata, penilaian itu bertujuan memastikan program SRBJ yang dilaksanakan di empat buat sekolah bermula hari ini mencapai matlamatnya.

Katanya, Johor menyaksikan seramai 585,220 murid dan pelajar mula bersekolah hari ini, dengan 55,503 murid darjah satu dan 4,772 murid prasekolah.

“Sesi persekolahan yang bermula hari ini lancar termasuklah di empat Sekolah Rintis Bangsa Johor. Mungkin selepas beberapa minggu kita akan dapat lihat pelaksanaannya bermula secara aktif.

“Program SRBJ bukan hanya melibatkan sesi pembelajaran tetapi juga infrastruktur iaitu bagaimana kita dapat tingkatkan penggunaan bengkel bagi memastikan pembela lebih relevan dengan subjek sains dan teknologi.

“Pembelajarannya tidak akan mengganggu silibus pendidikan sebaliknya hanya terdapat penambahan pembelajaran sedikit. Selain libatkan murid, pelajar dan guru, program ini turut melibatkan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri, di Pasir Gudang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI