JAKARTA – Penduduk daerah Tomilito dalam wilayah Gorontalo digemparkan oleh hujan yang menyerupai bentuk jeli, lapor portal berita Suara.com semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di Desa Leyao kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infosulawesidotcom menunjukkan sebuah besen yang dipenuhi agar-agar.
Penduduk juga terkejut apabila hujan selama 30 minit itu meninggalkan ‘kesan’ pada jalan dan halaman rumah mereka.
Ketua Badan Meteorologi Iklim dan Geofizik (BMKG), Ida Pramuwardani berkata, fenomena hujan jeli itu tidak terjadi secara semula jadi.
“Kami akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut,” tambah Ida. – AGENSI