fbpx

Nur Syafiqah, Muhammad Adam selamat kembali ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Syafiqah (kiri) dan Muhammad Adam dilaporkan hilang 13 Februari lalu di Seri Kembangan. - Foto IHSAN POLIS

KAJANG – Dua beradik yang dipercayai hilang iaitu adik Nur Syafiqah Elliana Muhammad Rizuan Sebastian, 15 dan Muhammad Adam Mikhail Muhammad Rizuan Sebastian, 10, ditemukan selamat selepas dipercayai hilang sejak Khamis lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusuf dalam kenyataan hari ini.

“Menurut pengadu iaitu ibu mangsa, mereka dijumpai di kawasan Gombak pukul 8 malam Sabtu lalu.

“Pengadu telah mengambil dua beradik berkenaan. Kedua-duanya dalam keadaan sihat dan selamat kini berada dalam jagaan pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang dari sebuah kediaman di Taman Harmoni 5, Seri Kembangan, malam Khamis lalu.

Polis menerima laporan pada pukul 2.48 pagi Jumaat daripada ibu kanak-kanak tersebut.

Nur Syafiqah dan Muhammad Adam dipercayai hilang sekitar pukul 8.10 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI