fbpx

Naib juara Asia tetap membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain skuasy lelaki dan wanita tetap ceria bergelar naib juara Kejohanan Berpasukan Remaja Asia di Hong Kong semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja negara tetap boleh mendabik dada dengan dua pingat perak Kejohanan Berpasukan Remaja Asia 2025 biarpun tewas final lelaki dan wanita di Pusat Skuasy Hong Kong semalam.

Skuad lelaki kebangsaan dikejutkan oleh Korea Selatan yang mencipta sejarah menjuarai kejohanan buat kali pertama, manakala pasukan wanita gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada Hong Kong.

Dalam final lelaki, Malaysia mempamerkan pertarungan sengit, namun gagal mengekang kebangkitan luar biasa Korea Selatan yang akhirnya merangkul emas pertama mereka dalam sejarah kejohanan.

Harith Danial Jefri bangkit selepas tewas set pertama untuk mendahului dua set berikutnya, namun lawannya, Na Joo-yoong kembali menguasai perlawanan dan mencatat kemenangan 3-2 dengan keputusan 11-6, 8-11, 9-11, 11-7, 11-2.

Pemain harapan negara, M. Nickhileswar cuba menghidupkan peluang tetapi akur selepas tewas kepada Ryu Jeong-guk dalam pertarungan lima set selama 68 minit. 

Kemenangan 6-11, 13-11, 5-11, 11-9, 11-7 memastikan Korea Selatan muncul juara buat kali pertama, menamatkan penguasaan pasukan Asia lain sebelum ini.

Harapan skuad wanita mempertahankan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut tidak kesampaian apabila Hong Kong menampilkan aksi dominan untuk menundukkan Malaysia 0-2.

Anrie Goh, pemain pertama yang turun beraksi, gagal memberikan tentangan apabila tewas straight set kepada Ena Kwong (3-11, 7-11, 6-11) dalam hanya 28 minit.

Tekanan beralih kepada Harleein Tan yang berdepan tugas getir untuk menghidupkan peluang Malaysia, namun gagal mengekalkan momentum apabila Cheung Tsz Ching bangkit dan menang 3-1 (3-11, 11-7, 11-8, 11-5).

Persembahan skuad lelaki mara ke final buat kali ke-10 membuktikan mereka masih pencabar utama di peringkat Asia, manakala pasukan wanita kekal berstatus elit meskipun rekod kejuaraan berturut-turut terhenti di angka empat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI