fbpx

MHL: NS naib juara kategori wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain dan kejurulatihan NS bergambar selepas menerima hadiah sebagai naib juara MHL semalam. - MHC

SEREMBAN – Skuad hoki wanita Negeri Sembilan (NS) meraih gelaran naib juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 selepas berjaya mengutip 13 mata daripada enam perlawanan.

Pasukan itu mengesahkan kedudukan tersebut selepas menang aksi terakhir menentang Mutiara-MSSPP-PSHA-PKS-Uniten (Mutiara) dengan keputusan 13-0 pada Sabtu lalu.

Sejak liga bermula pada 4 Januari lalu, NS meraih kemenangan dalam empat perlawanan, seri satu dan kalah satu selain turut menghasilkan 13 gol serta bolos enam kali.

Ketika menentang Mutiara, dua pemain NS, Nur Atira Mohamad Ismail dan Nur Zariefah Dania Mazlan masing-masing meledak hatrik diikuti dua gol daripada Nur Zafirah Aziz, Ming Siyu serta Ellya Amanina Elias selain satu jaringan Zuo Dandan.

Sebagai rekod, NS pernah melakar kejayaan yang lebih gemilang iaitu bergelar juara treble dengan merangkul tiga gelaran pada edisi 2023 iaitu MHL, Piala Vivian May Soars dan Piala Sumbangsih.

Mereka juga muncul pasukan pertama memenangi Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun tersebut.

Sementara itu, Blue Warriors dinobatkan sebagai juara tahun ini dengan memenangi semua enam perlawanan selain hanya melepaskan satu gol sepanjang musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI